Thursday, June 11, 2009

Istilah baru untuk CSR

Damm...bulan ni gler teruk.gaji lambat gler. Seperti yang dijangka kononnya gaji bulan May masuk pada 15aribulan hanyalah angan2 dan tinggal impian sahaja. Pergh..gler ar..arini sume org telah mendapat 1 email yg begitu cukup untuk memberi tekanan idup. Gaji bulan May kemungkinan akan dapat pada ujung bulan Jun. Semua org kini dah gler2 moral down. Aku pun sama. Kalau dulu bangun pukul 9 pg sudah dikira terlalu lewat. tp kini aku bila bgn pada pukul 10pg pun masih tiada perasaan untuk pergi kerja.

hmm....tetiba aku rase mengantuk n xde mood plak..adios.

Tuesday, May 26, 2009

Aku sudah ada celcom broadband

Aku sudah ade clecom broadband. hurm...so, anytime la aku boleh connect ke internet. bestnyerr..unlimited access.hehehe...

Friday, May 15, 2009

Hari Yang Sunyi Sepii di Ofis..

Arini sunyi sepi betul kat PMO ni. Kebanyakannyer pergi ESQ training. Hmm...kita tengok la hasil bila diorg balik nanti. Untuk aku, training tu biase sajer..taklah best sangat. Rase xsabar nak balik ke rumah and baring2 di atas katilku..huhuhu..

Friday, April 24, 2009

Aku Yang Tengah Lapaa...

Adus...lapar gler. Sudah lama tak menulis di blog. Sekarang ni aku dah tak boleh nak access internet dari bilikku. Aku rase wireless ofis sudah pun dikurangkan range dia. Sebab tu la sudah sekian lama aku tak menulis. Hmm...sekarang ni aku berada di Suhakam. adus...lapar glerr. Dah la semalam meeting smpai pukul 11.30mlm. Pagi ni plak aku terpaksa bergegas ke Suhakam. huh..terase seperti no life! Nasibaik esok cuti. Esok boleh la aku belajar bawak keretaku itu..hmmm..terpaksa untuk beranikan diri bawak kereta di KL ni.

Semalam aku sekali lagi dipanggil untuk interview MBA. Hmmm..mungkin kali ni aku akan sambung kot. So, kehiduapan aku selepas inin mungkin semakin sibuk. Tp terpaksa la tabahkan hidup jugak.hehehe..demi masa depan ku yang tercinta.hehehe...

Aku dan dia sudah pun berbaik setelah lama xbercakap. Tp kesibukan masing2 menyebabkan tiada mase nak jumpa. Hmm...tp baru2 ni kami bergaduh semula. Ini semua gara2 kes aku merajuk.hahahaha..yela..aku seharian meeting bersama klien then balik ofis byk plak keje. Malam sajer la waktu aku berehat tapi dia selalu sahaja mahu aku mengikut kehendak diri dia. Hmm...mula2 aku yg merajuk..tp sekarng ni dia plak yg merajuk..hai..pelik betul.. takpela..aku harap esok lusa ok la kot. Biase la lelaki bila dh tua..Opps..

Thursday, March 26, 2009

We still together... ('',)

Aku dan dia dah berbaik semula..setelah hampir 3bulan lebih tak bercakap.
Hmm..bestnyerr..

Wednesday, March 18, 2009

Hari yang sungguh penat....

Hari ni aku sangat penat..xtau la.walaupun arini aku xkeluar pergi ke mana2, tp byk keje yang aku kena 'settle' kan. Hmm....skrg ni keadaan di ofis semakin sunyi...aku xtau ape akan jd kat departmentku setelah kebanyakkan drpd mereka akan berpindah ke regional ofis... Adus.. Bertambah sunyi la mcm ni...tp walau apa pun, idup mesti diteruskan.

Arini, line internet slow bangat...makin menyampah aku rase. Xsepatutnya internet di sebuah company IT slow.mcmane la nk buat development n update content kalo internet slow...aku xpaham...

Setiap hari, inbox emailku sentiase penuh dgn email2 baru yang penuh dgn instruction dan process baru..ade sahaja process baru.sumernyer perlu isi borang. Aku sudah semakin muak utk mengisi borg2 sebegini.. Kenape la kita tidak menggunakan technology yg ade? Kenape perlu lakukan semuanya secara manual?Hmmmm.....aku kini semakin pasrah..just follow the flow..

My First..

Assalammualaikum...

Ni kali pertama aku menulis..setelah sekian lame, baru aku tergerak hati layan blog nih yang telah lama di'create' oleh kawanku corey..aku xla pandai sangat berkarya. hmm...maybe aku boleh kurangkan stressku dengan menaip disini..

aku ni seorang yang periang, suke mengusik orang, agak garang tp manja.. Sebelum aku mula melangkah ke alam pekerjaan, aku rase diriku ini amat disenangi dan disukai oleh orang lain. Tp sangkaan ku meleset.

Setelah aku grad, kerja pertama yang aku dapat ialah menjadi guru sandaran. Agak tak disangka jugak aku bleh jadi seorang guru. Aku diberi subjek KH dan English sebagai subjek yang perlu ku ajar. Pergh...mencabar minda sungguh..Ketika itu aku mengajar tingkatan 1,2 dan 3 di SMJK Ave Maria Convent. Macam2 kerenah murid aku temui.. Dari situ baru aku sedar tugas menjadi seorang guru amatlah mencabar walaupun kerja cuma half day ja..

Aku menjadi seorang guru hampir 2 bulan. Selepas itu, aku pun banyak la pergi ke interview. Salah satunyer ialah Skali Pioneer and Innovator in the Knowledge Economy (SPIKE) Programme. Aku telah berjaya di dalam sesi interview ku dengan sangat mengagumkan... Bukan nak bangga diri, tapi itulah hakikatnyer. Beberape hari selepas sesi interview aku, aku diberitahu bahawa aku diterima untuk SPIKE Programme. Pada mulanya aku sendiri xbegitu clear dgn ape itu Spike. Tapi aku pergi jugak bersama kawan karibku ke PTTC.

Mula2 agak was2 jugak untuk aku meneruskan program ini..tp akhirnya aku sahut juga cabaran dan kini aku adalah sebahagian daripada peserta Spike program ini @ lebih dikenali sbg Spiker.

Semasa aku sedang mengikuti training, secara tiba2 aku telah mendapat tawaran drpd Infineon Company kat Kulim Hi-Tech. Hatiku amat gembira kerana peluang sebegini amatlah aku nantikan lagipun memang bidang yg aku belajar. Aku mendapat tawaran untuk mengikuti training sebagai engineer sblm aku diserapkan masuk untuk bekerja. Memang aku akui bidang semikonduktor dan mikrocip bukanlah mudah. Tp entah kenapa, ibu bapaku seolah2 tidak mahu membenarkan ku pergi. Aku xpaham. Mungkin kerana risaukan ku seorangan, parents ku seperti tidak menggalakkan pergi. Aritu, aku berfikir sendirian dibilik. Mama masuk dan katakan padaku xpayah la pergi sbb aku baru shj balik ke rumah setelah hampir 4 tahun aku belajar di Penang. Papa pun sama..mcm xmenggalakkan. Akhirnya, aku terpaksa lupakan sahaja niatku utk ke Kulim. Xpela..mungkin bukan takdirku....

Aku meneruskan training aku di PTTC walaupun xsama dgn bidang yg ku belajar semasa di uni. Tetapi bermula dari saat inilah aku mula mengenali perangai dan sikap manusia yang sebenar. Pada mulanya, aku agak sukar untuk membiasakn diri dengan org2 yg berbeza umur dan pengetahuan. Entah la..mula2 tu aku xboleh nak terima culture yang budak2 ni agak takut untuk bertanya dan kurang bersemangat. Xsama seperti kwn2 ku yang lain yg semuanya amat bersemangat ketika belajar. Namun, ku teruskan juga tanpa mempedulikan hal org lain. Tapi, aku xpaham kenapa budak2 lain xsuka kat aku. Salah satu sbbnyer aku dikatakan terlalu manja. Hmm...mungkin kot sbb aku anak bongsu. Tapi xbermakna aku tidak cukup matang. Aku cuba untuk buat 'bodo' jer tp sukar untuk ku gambarkan perasaan sebenarku ketika itu.. Dipendekkan cerita, aku sudah pun menamatkan training dan kini aku berada di KL bekerja di Skali Web Services.

Tp disebabkan program training inilah aku telah mula mengenali seseorang yang tanpa aku sedari rupenyer dia ada hati kat aku...Tanpa dirancang dan disedari, aku menerimanya dengan hati yg terbuka.. Pelik kan..dlm byk2 org, aku telah pilih dia..aku pun xtahu kenape..sbb sebelum ni aku seorg yg tidak suka untuk ber'couple' dan melayan cintan. Hmm....kita sambung episod cinta kemudian ari ya...adios..

nanti2 la sambung ya..........